Saturday, September 4, 2010

umat Islam yang berpenyakit kronik...

Semalam TV3 siarkan isu pusat penyebelihan ayam x bersih dan kongsi skali sembelih babi. Hr ini komen KP Jakim supaya pusat penyembelihn guna kaedah yg canggih, berteknologi, bersih dan peka dgn halal.....MASALAH MENTALITI UMAT ISLAM...DAN PEMIMPIN YG DIBERI T.JWB MENJAGA UMAT.....KOMEN KP JAKIM SEHARUSNYA ....UMAT ISLAM KENA BERDIKARI DAN URUS SENDIRI SUMBER MAKANAN UMAT SUPAYA TRJAMIN HALALAN TOYYIBAN... ORG AGAMA SNDIRI X PEKA DGN MASALAH UMAT DAN HUKUM FARDHU KIFAYAH... APATAH LG RAKYAT BIASA. KENAPA TIDAK JUGA KAITKN DGN EKONOMI UMAT...UMAT YG NIAGA DAN UMAT JUGA PEMBELINYA....UMAT ISLAM YG KRONIK DGN BERBAGAI PENYAKIT KRITIKAL. seharusnya bila berbangkit situasi yang sebegini, umat Islam kena sedar bahawa situasi ini sangat kritikal dan perlu tindakkn segera. Pemimpin kena melihat ini adalah permasalahan umat bukan sahaja yang berkaitan dengan hukum, ttp juga berkaitan ekonomi umat Islam dan kehidupan seharian. Kenapa tidak pemimpin melihat isu2 sebegini sebagai satu cara utk mencetus satu revolusi ekonomi dikalangan umat dengan menggalakkan umat mengeluarkan produk, berniaga dan meyuburkan bermuamalat sesama umat...itulah cantiknya hukum agama...fardhu ain, fardhu kifayah, muamalat, munakahat, jinayat DLL....semua itu utk menjaga kerukunan dan keperibadian umat.....bila ISU INI TIMBUL, TERTERA DGN JELAS MUKA SEBENAR PARTI PAS....MEREKA X BANGKIT PUN MEMBINA UMAT DLAM SITUASI SEBEGINI....MEREKA YG KONONNYA INGIN MEMBINA NEGARA ISLAM DGN MOTTO MEMBANGUN BERSAMA ISLAM....X LEBIH X KRG DENGAN YANG LAINYA...MELANTAK MENELAN BENDA2 HARAM DAN SUBHAH YANG DIPRODUKKAN OLEH BKN ISLAM....MGKIN NAK JAGA HATI RAKAN SEKUTU DALAM PR...JD SEMUA DILAHAB SE ENAKNYA...TU SEBAB DOA MEREKA JGA SAMA DGN KITA X DIKABULKAN ALLAH LG....SOLAT HAJAT, DAN SEBAGAINYA MOHON KEMENANGAN PARTI PAS...TP MASA BERDOA DARAH DAGING TUMBUH DR MAKANAN YG HARAM DAN SUBHAH...AYAM X SEMPURNA SEMBELIH, BAHAN MAKANAN BRCAMPUR HARAM DAN SEBAGAINYA....org Pas dan nafikan statement ini...Sila buktikan org PAS beli makanan dr sumber dan bahan yg di pastikan 100% halal, produk muslim dari kedai muslim.....JGN CAKAP BERDEGAR...BERKOKOK LANTANG NYARING, TP EKOR PENUH TAIK...SEDARLAH WAHAI UMAT...BANGKITLAH, BINA EKONOMI MU SENDIRI....SAMBUTLAH SERUAN RASULALLAH...9/10 REZEKI DTG DR PERNIAGAAN....umat Islam hr ini terangan tidak cintakan sunah rasulAllah....bagaimana anda org PAS

melayu dan perniagaan di tanah air sendiri

sdihknya...kita dok tanah tumpah darah sendiri, kerajaan diterajui parti melayu.....tapi susah rasanya nak mulakn kehidupan kalau bkn 'somebody' atau ada kwn somebody..... PUM n rakan2 mesti marah statement ni krn byk dana kerajaan yg diperuntukkan utk tlg melayu....tp cuba buat survey...brpa byk yg betul sampai ke grassroot org melayu..... kronilah, kerenah birokrasi lah.... mcm2 hal... saya nasib baik trmasuk dlm geng kroni, bleh lah dapat pinjaman n bantuan, tp rakan2 lain pnya perit...jumpa bank, peg kerajaan kena herdik...di'bolakan' tendang sana sini....sdangkan pegawai semua melayu.... x bleh nak salah kerajaan sepenuhnya..tp kerajaan kena peka dgn 'delivery system' kepada penyampaian bantuan dan dana...selain dasar kena jujur dan ikhlas serta sistematik utk benar2 menolong melayu..... kerana hakikatnya, biarpun pengusaha melayu dpt pinjaman modal utk mulakan usaha...tp enviroment ekonomi malaysia x mengizinkan melayu utk mudah berjaya....kapitalis dan cengkaman ekonomi bangsa asing memustahilkan utk melayu berjaya jika trlibat dalam bidang yg memang sudah dikuasai mereka....mgkin seorang 2 yg benar2 gagah baru mampu berjaya..... melayu stakat meniaga kedai makan, gerai burger, atau yg jarang diceburi oleh kaum lain spt wat kueh tradisional DLL.... melayu yang berjaya dlm niaga...purata nya adalah somebody @ kroni, sahabat, kerabat, handai taulan somebody......SIKAP MELAYU JUGA MENYEBABKAN BANGSANYA SENDIRI SUKAR UTK BERJAYA....SIKAP DENGKI KHIANAT, X MAHU MENOLONG @ BERNIAGA SESAMA SENDI...ATAU DLM KATA LAIN MELAYU KRG SEMANGAT KEMELAYUAN DLM ASPEK EKONOMI..... KEDAI CINA BOLEH MAJU DALAM KG MELAYU TP KEDAI MELAYU SENDIRI HIDUP SEGAN MATI X MAU DI KAMPUNG HALAMANYA SENDIRI.....

melayu, kemunduran dan engkar kpd RasulAllah

Orang melayu memang suka mundur dan tidak minat dalam mencari rezeki dalam perniagaan, sbgmana disunnahkan oleh RasulAllah S.A.W. buktinya mereka tidak minat pun menceburi peluang perniagaan yang luas dan mengujudkan rangkaian perniagaan dan menjalankan perniagaan sesama sendiri sbgmana tuntutan fardhu kifayah. Masih suka membelibelah di kedai bangsa asing. kalau begitu sikapnya, mundur dan pupus la melayu untuk selama lamanya. Ini tuntutan agama...contoh dr Pemimpin umat yg agong....tp melayu smakin jauh dr ajaran dan sunnahnya....bkn shj dlm ekonomi...tp juga politik, kehidupan dan ibadat....

Wednesday, September 1, 2010

gula2, janji bulan bintang matahari utk melayu

majoriti melayu masih berada d luar bandar dan majoriti mereka masih hidup ala kadar sekadar senang makan senang bergerak...tapi dr aspek keperluan lain masih dihimpit keperitan hidup. melayu golongan pertengahan yg mndapat laba dr kerajaan sdah ramai lupa diri dan asal usul... melupakan jasa2 merek yg berbudi....namun begitu....ramainya mereka juga...adalah rakan, sahabat, kerabat atau kroni sang pemerintah. org kampung sebenarnya memang dilupakan malah sadisnya lg digula gulakn oleh pemerintah untuk mengekalkn kuasa. dijenguk ketika musim pemilihan UMNO dan PRU dgn dicampak gula2 sekupang dua disertai janji2 bulan bintang matahari serta dodoian sejarah derita luka zaman susah dan berjasanyanya sang pemerintah dgn menagih kesetiaan. melayu diperbodohkn...dan apabila mereka semakin celik dgn lebarnya jalur lebar dan mula terbuka mata serta mula berpaling muka....mereka pula dituduh kacang lupakan kulit...x mengenang budi..walaupun apa ada pd mereka dan yg diterima mereka cuma hampas cuma..... SEBENARNYA BKN SUSAH UTK MENOLONG MEREKA...DAN MEREKA JUGA X DAMBAKAN BULAN BINTANG MATAHARI....CUMA REALITINYA PEMIMPIN UMNO MENGKHIANATI MEREKA...CURANG MALAH MENGKUDAKAN MEREKA DEMI KPTGN TEMBOLOK SENDIRI..... tunggulah melayu ini mula sedar diri.....tsunami PRU 13 akan mejadi kiamat PRU 13.....

Friday, July 30, 2010

melayu baru dan subsudi

salam perjuangan... liku dan duri perjuangan semakin panjang...dan mencabar. Masalahnya...mmg melayu ramai yg x sdar.....dan itulah tggjwb pemimpin melayu yg diberi amanah....spaya membela n mnyedarkan melayu yg lalai ini. mel...ayu kena dibantu...tp secara sistematik dan trsusun...bkn skadar mlepas batuk ditangga n skadar sogokkn politik..... melayu x mampu utk brsaing dlm pasaran trbuka....krna networking melayu dan jatidiri melayu itu sndiri sgt lemah...buktinya...ramai melayu yang kaya dan senang...tp brpa ramai yg mahu mnolong org melayu lain yg susah...org melayu jga x kukuh lg sikap kemelayuanya.... cthnya melayu x ada pn semangat membantu sesama melayu dlm perniagaan atau lainya... mereka lbh rela membeli brg dikedai bangsa lain dr membeli di kedai bangsa sndiri.... dengki khianat masih menebal di hati.... dewan perniagaan melayu x tlg pun menyemarakkn perniagaan sesama melayu..... byk lg lemahnya sikap n jatidiri melayu.... DAN ITULAH PERLUNYA KERAJAAN MELAKSANAKAN PENYALURAN BANTUAN SECARA SISTEMATIK DAN TRSUSUN...BKN STAKAT BG DAN TINGGAL BEGITU SHJ... SBBNYA DILUAR SANA EKONOMI DIKUASAI ORG LAIN...KERAJAAN KENA CAMPUR TANGAN... SETELAH MELAYU MAMPU BRTATIH BARU LAH LEPASKAN MEREKA UTK MENJALA IKAN SNDIRI....JGN ULANGI KERUGIAN MASA MERDEKA 52 TAHUN YG TELAH TERLEPAS...DAN 50 TAHUN AKAN DTG MELAYU MASIH MEMINTA2...@ MUNGKIN MELAYU HANYA TINGGAL NAMA....

Wednesday, January 6, 2010

Fakta utk menyanggah penggunaan kalimah Allah oleh Kristian

Saya terpanggil untuk menulis email ini kerana isu besar mengenai penggunaan nama Allah oleh Herald-The Catholic Weekly. Saya ingin memberi beberapa pandangan, cadangan dan informasi hasil dari pembacaan dan pengkajian saya sendiri selama hampir 10 tahun mengenai agama Nasrani yang kini dikenali sebagai agama Kristian.

Bukan niat saya untuk mencari kelemahan agama tersebut tetapi, bagi saya ianya sebagai satu pembacaan ilmiah dan sebagai seorang Islam tidak salah bagi saya membaca dan mengkaji sabagai menambah ilmu pengetahuan.

Pada pandangan saya, sebagai orang Islam kita harus bersabar dan mencari jalan secara lebih berhikmah (wisdom) untuk hadapi situasi seperti ini. Mengadakan demonstrasi dengan menunjukkan kemarahan seolah-olah memberi gambaran orang Islam itu satu umat yang tidak rasional.

Sebagai umat Islam kita telah diperintahkan oleh Allah S.W.T. supaya sentiasa berpesan dalam kebenaran dan berpesan dalam kesabaran (Surah Al-Asr). Pendekatan yang lebih berbentuk Ilmiah dan hikmah adalah yang terbaik untuk hadapi situasi seperti ini.

Saya ingin berkongsi beberapa informasi yang berguna yang mungkin dapat dijadikan panduan oleh pihak-pihak yang berkenaan terutama pihak KDN, Majlis Fatwa Kebangsaan, Jabatan Agama Islam, NGO atau Persatuan Peguam Muslim.
Sebenarnya, umat Kristian telah lama kehilangan hak untuk menggunakan perkataan Allah kerana pihak gereja sendiri telah menggugurkan perkataan tersebut dari sebarang urusan gereja dan upacara keagamaan.

Pada tahun 325 Masihi satu pengistiharan dalam Muktamar Nicea menyatakan bahawa Trinity adalah akidah utama orang Kristian yang terdiri daripada Bapa, Anak dan Roh Kudus. Ini diikuti oleh Muktamar Constantinople 1 pada tahun 381 Masihi yang mengukuhkan peristiharan terdahulu bahawa semua orang Kristian menggunakan istilah Bapa, Anak dan Roh Kudus.

Pada Muktamar Ephesus 1 pada tahun 431 Masihi, pihak gereja melarang orang2 Kristian menggunakan nama Tuhan yang terdapat dalam Kitab Injil untuk percakapan harian dan hanya menggunakan perkataan Bapa sahaja. Nama-nama Tuhan hanya boleh digunakan dalam upacara keagamaan oleh pihak gereja sahaja.

Ketika berlakunya perpecahan aliran dalam agama Kristian di Eropah, aliran Protestant telah muncul untuk keluar dari pengaruh kekuasaan Gereja Katolik yang berpusat di Rome. Akibat daripada perpecahan tersebut juga memberi kesan kepada kitab Bible.

Gereja Katolik menerbitkan Bible edisi Geneva pada tahun 1560 dan pihak Protestant menentang penerbitan Bible edisi in dan hasilnya pada tahun 1611 mereka menerbitkan Bible edisi King James. Pada tahun 1769, Bible edisi King James telah diterima pakai oleh dunia Kristian dan digunakan sehingga ke hari ini. Saya ingin menjelaskan disini sebelum tahun 1769, edisi King James mengandungi 4 perkataan kalimat ‘Alah’.

Kalimat ‘Alah’ ini telah dibuang dari edisi King James selepas tahun 1769. Edisi King James yang digunakan sekarang tidak mengandungi kalimat tersebut. Oleh itu. Saya berpendapat, agama Kristian sudah tidak mempunyai hak untuk menggunakan kalimat atau perkataan ‘Allah’ untuk apa tujuan sekalipun. Pihak penerbit Herald-The Catholic Weekly seharusnya mengkaji sejarah agama Kristian sendiri sebelum bercita-cita menggunakan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitannya.

Jika didalam kitab suci agama Kristian tidak ada perkataan ‘Allah’ bagi merujuk nama Tuhan, maka tidak wajar bagi pihak penerbit Herald-Catholic Weekly menggunakannya.

Dari segi linguistik pula, perkataan atau kalimat ‘Allah’ adalah berasal dari bahasa Arab iaitu ‘Al-Ilah’. Dalam bahasa Arab, kata dasar ‘Ilah’ bermaksud “Tuhan yang mempunyai sifat yang tunggal”. Sifat kata dasar ‘Ilah’ juga tidak mempunyai kata ganda yang menunjukkan bilangan (plural) seperti god (singular) dan gods (plural) atau tuhan (bilangan satu) dan tuhan-tuhan (bilangan lebih dari satu). Selain itu, kata dasar ‘Ilah’ juga tidak menunjukkan jantina (gender) seperti god (male) dan goddess (female) atau dewa dan dewi seperti tuhan-tuhan Mesir Purba iaitu Osiris (lelaki) dan Isis (Perempuan). Kata dasar ‘Ilah’ itu sendiri adalah bersifat satu atau tunggal yang bertentangan dengan doktrin Kristian iaitu Trinity. ‘Ilah’ bersifat Uno yakni satu manakala doktrin Trinity pula tuhan itu terdiri daripada 3 oknum iaitu Bapa, Anak dan Roh Kudus yang bertindak secara berasingan.

Jika diteliti dengan sepenuhnya terdapat pebezaan yang ketara antara sifat ‘Ilah’ dengan doktrin Trinity tersebut.

Terdapat banyak nama-nama Tuhan di dalam kitab Taurat, Zabur dan Injil. Agama Kristian yang berasal daripada Judeo-Christian, menggabungkan kitab Taurat, Zabur dan Injil dan dikenali sebagai Holy Bible.

Bagi saya secara rasionalnya Paderi Murphy Pakiam selaku penerbit Herald-Catholic Weekly sudah tentu lebih mengetahui nama-nama Tuhan yang terdapat dalam kitab Bible. Antaranya ialah Jehovah, Yahweh, Eloh, Eli atau El.

Secara rasionalnya juga penerbit Herald-Catholic Weekly boleh menggunakan nama-nama ini dalam penebitan mereka kerana orang-orang Kristian lebih terdedah kepada nama-nama Tuhan yang terdapat dalam Kitab Bible.

Persoalannya sekarang, kenapa Paderi Murphy Pakiam tidak menggunakan nama-nama Tuhan yang terdapat dalam kitab Bible tersebut? Sebagai contoh, Jesus pernah bersuara dengan nada yang kuat menyebut salah satu nama Tuhan seperti yang dirakamkan oleh Injil.

Jesus menyebut “Eli, Eli lama sabachtani” sebagai kata-kata terakhir beliau. Maksud Eli ialah Tuhanku. Bahasa ibunda Jesus ialah bahasa Aramaic iaitu salah satu dialek bahasa Ibrani (Hebrew). Saya berpendapat adalah lebih realistik bagi penerbit Herald-Catholic Weekly menggunakan nama Tuhan seperti yang keluar dari lidah Jesus sendiri. 1.3 billion orang Islam seluruh dunia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan bertutur dalam pelbagai bahasa menggunakan kalimat Allah yang berasal daripada bahasa asalnya iaitu bahasa Arab. Bahasa Arab adalah bahasa pertuturan Baginda Rasululllah kerana baginda berbangsa Arab.

Orang-orang Islam tidak menterjemahkan Allah kepada bahasa ibunda masing-masing. Ini adalah kerana kalimat Allah tidak sesuai diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa lain. Begitu juga dengan orang-orang Kristian, mereka sepatutnya mengikuti Jesus dengan menyebut nama Tuhan dalam bahasa asal iaitu bahasa Aramaic yakni bahasa ibunda Jesus.

Dari segi perundangan, sudah terang dan nyata menunjukkan bahawa perkataan Allah adalah hak eksklusif untuk orang-orang Islam. Saya menyarankan kepada KDN, Jakim dan Persatuan Peguam Islam menggunakan sumber Al-Quran di mahkamah nanti.

Secara logik dan rasional minda saya ialah, Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyatakan bahawa agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan. Oleh kerana itu, semua orang tahu bahawa sumber agama Islam adalah Al-Quran.

Kewajaran Al-Quran sebagai dokumen yang telah didokumentasikan oleh para sahabat Rasullullah sebagai sumber yang authentik untuk dijadikan hujah di mahkamah nanti.

Surah Al-Ikhlas dengan jelas menyatakan bahawa Allah adalah hak eksklusif bagi orang-orang Islam. Maksud Surah Al-Ikhlas-“Katakanlah Allah Itu Esa(1). Allah tempat bergantung sekelian makhluk(2). Tidak beranak dan tidak pula diperanakkan(3). Dan tiada satu pun yang setara denganNya(4)”.

Perhatikan ayat pertama dengan jelas menunjukkan Allah adalah Esa. Secara eksklusifnya hanya untuk orang-orang Islam kerana orang-orang Islam berima kepada Allah yang Esa. Ayat yang kedua pula dengan jelas bertentangan dengan doktrin Trinity. Soalnya sekarang, adakah keputusan mahkamah yang lalu boleh mengatasi Perlembagaan Persekutuan?

Sekian.

Mohamad Nabzrol bin Mat Nayan
Bukit Indah, Ampang,
Selangor Darul Ehsan

Tragedi kpd nama Allah dan peringatan kpd umat Islam Malaysia

Semoga dgn berlakunya tragedi nama Allah ini....menyedarkan umat tentang betapa bergantungya kita pd Allah..dan betapa besarnya t/jawab kita kepada agama Allah. T/jawab kepada Allah bkn bermusim..atau bergantung kepada isu yang tercetus... juga bkn setakat retorik berjuang membela nama Allah.. tetapi ia satu tangungjawaban yg kekal abadi selagi kita berpegang kepada tali Allah, lebih mendalam lg terhadap kesucian agama dan keagongan Allah yang Esa itu sendiri. Bkn setakat melaung2kan dgn heboh dan riuh rendah..tapi kosong tanpa roh Islam yang sebenar. Apa gunanya riuh rendah membela nama Allah, tp dlm masa sama masih jauh dr Allah.. dilaungkan nama dan pujian kepada Allah, masing2 tetap berlonggok di kedai kopi, masih berdekah2 gelak ketawa lalai dari menghayati seruanNya,..apatah lagi menuruti seruan perintahnya,...tetap menarik selimut kulit babi sampai tegak matahari. Diserukan nama Allah masih keras di hati.. angkuh.. sombong, langsung tiada rasa gentar di hati. sedangkan itulah ukuran iman dan taqwa kepada Allah....Perlakuan..pakaian... ungkapan.. budaya kehidupan, tiada byk beza dgn penyokong, pendokong dan penganut The Herald itu sendiri, SALAHKAH MEREKA MENGAMBIL KESEMPATAN DAN MENZAHIRKAN KELEMAHAN UMAT ISLAM ITU SENDIRI..YANG SEMAKIN JAUH DARI AGAMA. SALAHKAH MEREKA MEMPERJUANGKAN AGAMA MEREKA...MEMISIKAN DAKWAH MEREKA..ITU MEMANG TUGAS MEREKA..TUNTUTAN AGAMA MEREKA. YANG SALAH ADALAH UMAT ISLAM SENDIRI, MEMBERI RUANG DAN PELUANG UTK MEREKA BERDAKWAH KPD UMAT ISLAM..DI TANAH AIR DAN KELOMPOK UMAT ISLAM SENDIRI...KERANA APA??? KERANA UMAT ISLAM MEMBERI RUANG DAN PELUANG DAN MENUNJUKKAN ISYARAT YANG JELAS DARI PERLAKUAN, PERBUATAN, AMALAN, FIKIRAN MALAH FAHAMAN BAHAWA MEREKA DAN KITA X ADA BEZANYA... CUMA DI PISAHKAN OLEH STATUS AGAMA PD IC DAN NAMA YG BERCIRIKAN ISLAM...SELEBIHNYA..KITA X BYK BERBEZA DENGAN MEREKA...BKN KAH ALLAH TELAH MEMBERI PERINGATAN, YAHUDI DAN NASORO X AKAN BERHENTI DARI MENYESATKAN UMAT ISLAM SEHINGGA KITA MENJADI SEPERTI MEREKA....JD SALAHKAH MEREKA????jgn hanya menunding jari, tgklah pd roh agama dalam diri, keluarga dan masy. sendiri.