Wednesday, October 28, 2009

RUNTUHAN DEMI RUNTUHAN

salam... takziah dan simpati kepada mangsa runtuhan jambatan gantung di Kuala Dipang, Perak. Kesian kepada mangsa yang masih kecil tak berdosa terkorban kerana keangkuhan dan kerakusan manusia mengejar dunia. banyak sudah perlakuan penyelewengan dan salahguna kuasa yang tersembunyi dan disembunyikan telah Allah pertontonkan kepada khalayak satu persatu.... dari yang sebesar stadium runtuh, bumbung masjid runtuh, tanah runtuh dan berbagai penyelewengan di dedah oleh pembentangan laporan audit, terbaru jambatan gantung runtuh yang mengorbankan nyawa. Allah memberi isyarat bahawa perbuatan manusia tidak sekali terlepas dari pengetahuan Allah dan isyarat utk manusia melihat dan berfikir dan melakukan sesuatu utk membaikinya, menghentikan perbuatan yang salah dan mengkhianati amanah manusia dan Allah.... tp andai manusia terus lalai dan engkar dgn pelbagai dalil dan alasan... tunggulah bencana dan keruntuhan dahsyat sepertimana gempa bumi di acheh dan padang akan melanda Malaysia.... jika kamu masih terus angkuh dan tidak menyedari kesalahan kepada sesama manusia dan engkar kepada amanah Allah...... JANGAN KERANA OLEH PERBUATAN SEBAHAGIAN DARI KAMU MANUSIA MENGUNDANG BALA DARI KEMURKAAN ALLAH...............

Tuesday, October 27, 2009

pindaan perlembagaan UMNO

Tahniah kpd UMNO dan seluruh perwakilan yang telah menjayakan perhimpunan 2009 dengan jayanya dan menjana halatuju baru parti secara dasarnya, tetapi belum lagi praktikalnya. Perhimpunan pertama bagi YAB DS Najib sebagai Presiden dan PM telah melakar satu dimensi baru terutama dengan pindaan perlembagaan parti satu revolusi yang berani dan tepat pada masanya. Sesusi dengan motto YAB PM 'berani berubah' 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'. Persoalanya.... visi dan misi baru UMNO ini sejauh mana perlaksanaanya dan kemana halatujunya. mampukan seluruh kempimpinan UMNO menjiwai dan melaksanakan aspirasi dan visi presiden tersebut. Kepimpinan UMNO terutama diperingkat bahagian dan cawangan sebenarnya telah lesu, kaku, x bermaya dan penuh berpenyakit H1N1. Mungkin ramai yang melenting dgn ungkapan ini.... tapi lihatlah realitinya... turun dan jenguklah ke mesy2 tahunan cawangan UMNO, mesy2 tahunan bahagian UMNO. Segalanya lesu, hadir hanya sebagai syarat atau memenuhi tradisi parti. lebih2 lagi mesyuarat umno cawangan, utk mencukupkan korum pun satu perkara payah, apatah lagi dapat majoriti @ 50% ahli hadir, hampir mustahil. lihat lah pula perjalanan agenda mesy, yang gah dan meriah hanya kehadiran VIP perasmi yg sengaja dijemput di kalangan tokoh menteri atau kepimpinan tertinggi bagi menampakkan gah majlis perasmian, terutama ucapan perasmian berapi2 perasmi. hadir pula mereka gah dengan kereta mewah di iringi konvoi motosikal kuasa besar, ahli umno gembira menyambut dan merai...tp jgn lupa rakyat kebanyakkn bkn ahli parti melihat dgn pandangan tajam dan meluat .... dan lihat pula nantinya dalam agenda pembentangan aktiviti, kewangan, usul dan akhirnya ucapan penangguhan... serba lesu, x bermaya, seolah2 umno dan melayu telah mati. Tiada usulpun yang membincangkan tentang apa juga prinsip perjuangan atau agenda perjuangan parti, permasalahan bangsa dan negara, himpitan ekonomi org melayu yang tersepit, tanah rezab melayu yg tinggal sekangkang kera, melayu bandar yang miskin dan merempat serta tersisih, masalah sosial melayu yang parah..... tp masing2 x sabar utk habis kn mesyuarat dan meratah jamuan. kalau adapun yang bangkit bercakap mintak jersi bola, bola takraw, repair jalan kampung, repair bangunan balairaya, minta rombongan berjalan2 kaum wanita....., seolah kita baru merdeka......sedihhhhhnya. perjalanan mesyuarat menunjukkan seolah2 org melayu sudah cukup berjaya dalam semua bidang, seolah2 org melayu tidak di himpit masaalah.....sdgkan realitinya kebanyakkan masalah di tanah air tercinta ini, melayulah juaranya....sebutkan sahaja....kemiskinan, tidak bertanah, bohsia bohjan, mat rempit, keciciran sekolah, buang bayi, penagih dadah.... dan dan dan dan dan brmacam2 lg..... apa jadi dgn UMNO dan melayu..... Pemimpin2 UMNO di luar sana yg membaca cetusan ini.... sila nafikan fenomena ini tidak berlaku jika anda mampu..... melayu semakin parah...UMNO semakin lesu..... sedarlah...jgn hanya beretorik dan beresolusi sahaja.. bangsa melayu, tanah air ini dan UMNO menagih lebih dari itu....ingat kita tidak mampu untuk lesu, kita tidak boleh untuk leka ...kerana tanggungjawab kepada bangsa amat besar....jgn nati kata2 hang tuah 'tak melayu hilang di dunia' hanya tinggal 'melayu hanya tinggal namanya'... kita x mampu untuk lalai...kerana kita tiada tanah air lagi.... tanah melayu ini sajalah satu2 nya tanah tumpah darah kita..... jgn nanti setelah tiadanya kita di dunia ini, anak cucu kita menyumpah kita sebagai pengkhianat agama, bangsa dan negara........ kerana mereka merempat di tanah air sendiri, tanah pusaka nenek moyang ini telah tergadai sepenuhnya....mereka tiada apa lagi menjadi hamba di tanah sendiri.....RENUNGKANLAH....

Sunday, October 25, 2009

MELAYU MUDAH LUPA

Salam utk semua. Isu utk dibincangkn BAGAIMANA HARUS PEMBANGUNAN DI MALAYSIA, AGAR MELAYU TIDAK PUPUS DITANAH AIR SENDIRI. Marilah mncambah minda dan mncuit rasa agar kita bangkit dari lena dan ilusi yg panjang dari dendangan pembangunan yg mengasyikkn sehingga trleka tanahair sendri tnggal skangkang kera cuma. Kita bkn anti pembangunan, juga bkn anti kebangsaan lbh2 lg bkn anti 1 Malaysia. tp biarlah apapun dilakukn hak kita ttp trpelihara sbgmana milik dato moyang kita sbgmana dsebut dalam perlembagaan & sebgmana sepatutnya hak milik kita, inilah warisan pusaka diamanahkn kepada kita, tanggungjwb kita utk menjaganya, jgn nanti kemudian hari, anak cucu kita menyumpah kita pengkhianat kepada tanah air sendiri. Kpd yg brbicara meluah pndapat, sblm brkata2 lihat lah sekeliling dahulu renung realitinya, jgn hanya asyik dgn dendangan lagu pembangunan...asyik trlopong mulut dngan alunan propaganda... lihatlah.. brp byk lagi tanah milik kita tinggalan dr datok moyang, brpa byk hartanah, prniagaan milikn kita, brpa byk kek ekonomi utk kita dan ..dan... byk lg. x salah pmbngunan tp jgn smpai smua trgdai dan kita mrempat di tanah air sndiri. Mudah utk mnjeguk situasi dan realiti, lihat sahaja disekliling kita di seluruh negara, kedai, bgunan, rumah, pejabat, nama2 besar dalam perniagaan @ kuasa ekonomi.. dsbnya.. milik siapakh hasil pmbngunan ini.... betul .. kerajaan menetapkn setiap pmbngunan dan perumahan mestilah dijual 30% kpd bumiputera.... DEB tetapkn 30% ekuiti bumiputera... tp silalah ambil statistik..... lihatlah realitinya...... RENUNG LAH...SELIDIKLAH...FIKIRLAH.... DAN SEDARRRRRR LAH WAHAI ORG MELAYU..... NAFIKAN KATA2 KERAMAT TUN DR MAHATHIR.... 'MELAYU MUDAH LUPA' ..KRN KITA X MAMPU UTK TRUS LUPA...KERANA DISINILAH SATU2NYA TANAH TUMPAH DARAH KITA..... SEDAR LAH....

knp perlu kita menguasai ekonomi

Assalamualaikum dan salam perpaduan.... mengulas dan lanjutan isu penjualan arak di 7-11dalam blog ini. sbnrnya bkn setakat arak, ttp kondom dan mcm2 benda yg x sepatutnya utk pengguna umat Islam. Tp saya ingin lontarkan satu pandangan. Sbnrnya ramai yg tersilap sensitif YG BEGITU SEMPIT dgn isu2 ttg keagamaan sebegitu. Sensitiviti begitu harus kita perluaskn lagi berserta kesedaran kepada tuntutan agama. kenapa kita nak sibukkn 7-11 jual arak @ lain2 yg haram, khususnya di kwsn majoriti melayu. tanya dulu sapa pemilik kedai tersebut...tentunya bukan Islam. LUASKAN LAGI PELBAGAI ISU YG SERUPA SEPERTI AYAM SEMBELIH X IKUT SYARAK, SEJADAH ADA LAMBANG SALIB, MAKANAN MENGANDUNGI BAHAN HARAM DAN MCM2 LAGI. Kita luaskan perbincangan dan buka minda seluasnya. knp salahkn org lain, mrk peniaga yang tentunya mahukan keuntungan dlm perniagaan, jdnya jual apa saja yg ada pembeli, mrk x terikat dgn halal haram. PERSOALANYA... KNP ORG ISLAM SENDIRI TIDAK MAHU BERNIAGA MENJALANKAN PERUSAHAAN UTK KEPERLUAN ORG ISLAM SNDR DAN BERURUS NIAGA SESAMA MUSLIM. BKNKAH ITU TUNTUTAN FARDHU KIFAYAH, YG SECARA TERSIRATNYA ADALAH UTK MENJAGA KEHIDUPAN BERAGAMA UMAT ISLAM SUPAYA TIDAK TRJADI PERKARA2 YG SEDANG KITA ISUKAN. BKNKAH RASUL SNDRI JUGA MENGAJAR KITA 9/10 REZEKI DTGNYA DR PERNIAGAAN. INILAH SILAP KITA UMAT ISLAM. PENDUDUK MALAYSIA 60%@MAJORITI ADALAH MELAYU ISLAM DAN KITA ADALAH PASARAN TERBESAR WALAUPUN MGKIN KUASA MEMBELI X SEBESAR BANGSA LAIN. kita kena bangkit menguasai ekonomi dan terlibat sendiri dalam perniagaan khususnya yg melibatkan keperluan harian umat, khususnya pakaian, makanan, keperluan solat dsbnya. LIHATLAH SEGALA BRGAN YG ADA DALAM PASARAN, SIAPA PENGUSAHANYA, TIDAK SYAK KAH KITA DGN STATUS HALALNYA. TAPI APA YG KITA LAKUKAN. Selagi kita masih menyerahkn urusan penyediaan mkn pakai dan keperluan kita kepada mereka, jgn lah kita melalak tentang hukum halal haram, sebabnya mereka x ptgkan aspek itu, malah x faham pun perkara tersebut. bagi mereka urusan berniaga dan keuntungan yg akan di dapati dengan apa cara sekalipun, apa peduli halal haram org Islam sdgkn kita sendiri umat Islam x pedulikan semua itu khususnya melalui tuntutan fardhu kifayah, antara hukum Allah yang paling sempurna yang diatur kn oleh Allah utk kesejahteraan kehidupan hamba dan umatnya. JD JGN LAH BISING2 MRK X PEDULI SENSITIVITI KITA SEDANGKAN KITA X KESAH PUN TUNTUTAN YG ALLAH TELAH ATUR DAN TETAPKAN WALAUPUN UTK KESEJAHTERAAN KEHIDUPAN KITA SENDIRI DUNIA DAN AKHIRAT. JADI ...TEPUK DADA..., TANYALAH IMAN...RENUNG2KAN LAH