Tuesday, October 27, 2009
pindaan perlembagaan UMNO
Tahniah kpd UMNO dan seluruh perwakilan yang telah menjayakan perhimpunan 2009 dengan jayanya dan menjana halatuju baru parti secara dasarnya, tetapi belum lagi praktikalnya. Perhimpunan pertama bagi YAB DS Najib sebagai Presiden dan PM telah melakar satu dimensi baru terutama dengan pindaan perlembagaan parti satu revolusi yang berani dan tepat pada masanya. Sesusi dengan motto YAB PM 'berani berubah' 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'. Persoalanya.... visi dan misi baru UMNO ini sejauh mana perlaksanaanya dan kemana halatujunya. mampukan seluruh kempimpinan UMNO menjiwai dan melaksanakan aspirasi dan visi presiden tersebut. Kepimpinan UMNO terutama diperingkat bahagian dan cawangan sebenarnya telah lesu, kaku, x bermaya dan penuh berpenyakit H1N1. Mungkin ramai yang melenting dgn ungkapan ini.... tapi lihatlah realitinya... turun dan jenguklah ke mesy2 tahunan cawangan UMNO, mesy2 tahunan bahagian UMNO. Segalanya lesu, hadir hanya sebagai syarat atau memenuhi tradisi parti. lebih2 lagi mesyuarat umno cawangan, utk mencukupkan korum pun satu perkara payah, apatah lagi dapat majoriti @ 50% ahli hadir, hampir mustahil. lihat lah pula perjalanan agenda mesy, yang gah dan meriah hanya kehadiran VIP perasmi yg sengaja dijemput di kalangan tokoh menteri atau kepimpinan tertinggi bagi menampakkan gah majlis perasmian, terutama ucapan perasmian berapi2 perasmi. hadir pula mereka gah dengan kereta mewah di iringi konvoi motosikal kuasa besar, ahli umno gembira menyambut dan merai...tp jgn lupa rakyat kebanyakkn bkn ahli parti melihat dgn pandangan tajam dan meluat .... dan lihat pula nantinya dalam agenda pembentangan aktiviti, kewangan, usul dan akhirnya ucapan penangguhan... serba lesu, x bermaya, seolah2 umno dan melayu telah mati. Tiada usulpun yang membincangkan tentang apa juga prinsip perjuangan atau agenda perjuangan parti, permasalahan bangsa dan negara, himpitan ekonomi org melayu yang tersepit, tanah rezab melayu yg tinggal sekangkang kera, melayu bandar yang miskin dan merempat serta tersisih, masalah sosial melayu yang parah..... tp masing2 x sabar utk habis kn mesyuarat dan meratah jamuan. kalau adapun yang bangkit bercakap mintak jersi bola, bola takraw, repair jalan kampung, repair bangunan balairaya, minta rombongan berjalan2 kaum wanita....., seolah kita baru merdeka......sedihhhhhnya. perjalanan mesyuarat menunjukkan seolah2 org melayu sudah cukup berjaya dalam semua bidang, seolah2 org melayu tidak di himpit masaalah.....sdgkan realitinya kebanyakkan masalah di tanah air tercinta ini, melayulah juaranya....sebutkan sahaja....kemiskinan, tidak bertanah, bohsia bohjan, mat rempit, keciciran sekolah, buang bayi, penagih dadah.... dan dan dan dan dan brmacam2 lg..... apa jadi dgn UMNO dan melayu..... Pemimpin2 UMNO di luar sana yg membaca cetusan ini.... sila nafikan fenomena ini tidak berlaku jika anda mampu..... melayu semakin parah...UMNO semakin lesu..... sedarlah...jgn hanya beretorik dan beresolusi sahaja.. bangsa melayu, tanah air ini dan UMNO menagih lebih dari itu....ingat kita tidak mampu untuk lesu, kita tidak boleh untuk leka ...kerana tanggungjawab kepada bangsa amat besar....jgn nati kata2 hang tuah 'tak melayu hilang di dunia' hanya tinggal 'melayu hanya tinggal namanya'... kita x mampu untuk lalai...kerana kita tiada tanah air lagi.... tanah melayu ini sajalah satu2 nya tanah tumpah darah kita..... jgn nanti setelah tiadanya kita di dunia ini, anak cucu kita menyumpah kita sebagai pengkhianat agama, bangsa dan negara........ kerana mereka merempat di tanah air sendiri, tanah pusaka nenek moyang ini telah tergadai sepenuhnya....mereka tiada apa lagi menjadi hamba di tanah sendiri.....RENUNGKANLAH....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment