Wednesday, October 28, 2009

RUNTUHAN DEMI RUNTUHAN

salam... takziah dan simpati kepada mangsa runtuhan jambatan gantung di Kuala Dipang, Perak. Kesian kepada mangsa yang masih kecil tak berdosa terkorban kerana keangkuhan dan kerakusan manusia mengejar dunia. banyak sudah perlakuan penyelewengan dan salahguna kuasa yang tersembunyi dan disembunyikan telah Allah pertontonkan kepada khalayak satu persatu.... dari yang sebesar stadium runtuh, bumbung masjid runtuh, tanah runtuh dan berbagai penyelewengan di dedah oleh pembentangan laporan audit, terbaru jambatan gantung runtuh yang mengorbankan nyawa. Allah memberi isyarat bahawa perbuatan manusia tidak sekali terlepas dari pengetahuan Allah dan isyarat utk manusia melihat dan berfikir dan melakukan sesuatu utk membaikinya, menghentikan perbuatan yang salah dan mengkhianati amanah manusia dan Allah.... tp andai manusia terus lalai dan engkar dgn pelbagai dalil dan alasan... tunggulah bencana dan keruntuhan dahsyat sepertimana gempa bumi di acheh dan padang akan melanda Malaysia.... jika kamu masih terus angkuh dan tidak menyedari kesalahan kepada sesama manusia dan engkar kepada amanah Allah...... JANGAN KERANA OLEH PERBUATAN SEBAHAGIAN DARI KAMU MANUSIA MENGUNDANG BALA DARI KEMURKAAN ALLAH...............

No comments:

Post a Comment