Monday, November 9, 2009

EGM oh EGM

Penghujung tahun 2009 ini, negara kita kecoh pelbagai EGM, bermula dengan EGM MCA, terbaru kecoh EGM PAS dan PGSM. EGM2 tersebut mengundang minat seluruh rakyat malaysia walaupun berlainan gelanggangnya, namun semuanya berkait rapat dengan gelodak politik dalam negara. Terbaru dan hangat di dada akhbar, EGM Pas yang dicetuskan oleh Tuan guru Nik Aziz yang mengundang ribut di dalam dan luar Pas yg akhirnya EGM ditukar identiti menjadi Seminar Khas Memperkasa Parti Pas. Seminar khas itu satu yang menarik perhatian, namun pengisian kepada seminar itu sendiri lebih menarik dan sedikit sebanyak memberikan gambaran tentang diri PAS itu sendiri. terutama berkaitan pendapat dan hasil kajian dan pemerhatian dua tokoh yang diundang khas oleh pas untuk mengupas tentang parti itu sendiri, iaitu Prof Dr. Abd Aziz Bari dan Prof Madya Dr Abu Hassan Abdullah, dua orang tokoh akademik yang neutral dan memberikan ulasan berdasarkan ilmu akademik masing2. menariknya apabila dua tokoh ini memberi gegaran tsunami kepada pas terutama Dr Abu Hasan mendedahkan dr survey yang dibuat Pas telah mengalami hilang kepercayaan dari generasi muda Malaysia yg sebelum ini dikatakan memberi sokongan kepada Pas dan pakatan rakyat sehingga memberi impak besar kepada keputusan PRU 12. begitu juga kecaman oleh perwakilan dari pemuda Pas kepada Dr. Aziz Bari berkaitan komen beliau yang disiarkan dalam akhbar sebelumnya dan sehingga beliau menggambarkan golongan pengkritik tersebut sebagai orang yang berfikiran pada zaman kurun ke 17. polimek ini sebenarnya sedikit sebanyak menggambarkan wajah dan hati budi sebenar Pas. Sebagaimana umpatan UMNO tentang Pas iaitu hanya pandai bercakap, mengkritik dan hanya Pas sahaja yang betul. sedikit sebanyak umpatan umno tersebut ada kebenaranya, apabila sebahagian mereka begitu mudah melenting kepada sekali teguran pedas oleh individu yang neutral yang selama ini dilihat sebagai menyokong wadah perjuangan Pas. seharusnya mereka melihat teguran itu sebagai satu kritikan membina umpama teguran oleh jiran kepada anak kita yang mungkin nakal dengan niat supaya anak nakal itu nanti menjadi insan yang baik dan berguna dikemudian hari. tapi nampaknya teguran tersebut tidak dapat diterima, seolah anak tersebut sudah cukup baik untuk menjadi insan yang sempurna. keadaan ini satu budaya yang tempang dalam proses pembentukan Pas yang cemerlang dan perkasa yang kononnya sebagai alternatif kepada parti ulung sedia ada. fenomena ini juga sebenarnya yang menyebabkan mungkin sebahagian anak muda merasa jelak dan meluat dengan Pas yang sebelum ini disandarkan harapan utk menjadi alternatif kepada umno khususnya seperti digambarkan dalam PRU 12. namun dengan rentetan pelbagai peristiwa dan drama politik selepas PRU 12 yang melibatkan Pas terutama dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, Perak, P. Pinang, Kedah dan kelantan, keyakinan dan sandaran harapan itu sendiri menjadi semakin pudar dan putus harapan. Ini terutama melibatkan pelbagai isu di Perak, Selangor dan P.Pinang yang tidak menggambarkan Pas mempunyai prinsip dan pendirian mantap kepada perjuangan parti berteraskan Islam yang diwar warkan selama ini, tetapi lebih dilihat sebagai parti yang terumbang ambing dalam kumpulan pakatan rakyat dan semata2 terkapai2 hanya lebih untuk berpaut kepada kuasa, sehingga sanggup mengenepikan prinsip perjuangan Islam yang diwar warkan selama ini. ini terutama membabitkan isu arak, kuil, negara Islam, gambar bogel Exco dan sebagainya. Generasi muda yang berpendidikan dan terbuka sebenarnya mahu melihat Pas yang mempunyai pendirian dan berprinsip teguh dalam wadah perjuangan dan tidak mudah terbawa2 oleh sandiwara politik yang dimainkan oleh pengarah2 filem politik, tapi nampaknya Pas seolah2 teribat sama sebagai pelakon2 sandiwara politik yang dimainkan sehingga terlupa kepada prinsip perjuangan asal dan tanggung jawab membela rakyat secara telus dan ikhlas. Pas dilihat tidak ubah seperti parti2 lain yang mabukkan kuasa dan sanggup menggadaikan prinsip semata mata untuk berpaut kepada kuasa.

No comments:

Post a Comment