Hari ini situasi politik Malaysia semakin pelik. Politik katak semakin berleluasa dan lumrah. Samada lompat keluar atau lompat keluar dan masuk. Perbuatan tersebut bg setengah orang atau setengah pihak adalah perkara biasa lumrah budaya politik, tp x terfikirkah mereka perbuatan itu berkait rapat dgn `soal maruah dan kredibiliti’ lebih2 lagi jika pelakunya sorang muslim. Islam ialah agama bermaruah kerana itu Islam tidak berasuah untuk orang masuk Islam. Islam itu datang dari kefahaman yang diyakini dan menjadikannya sebagai Iman. Dan Iman itu bila dizahirkan barulah namanya ISLAM (Sejahtera yang bersandarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah 100% dan tidak kerana sesuatu di luar atau keluar dari kepentingan Islam). Ini konsep Islam dalam kehidupan. Hidup hanya sekali, dan sekali lagi ialah pembalasan. Islam juga menghalalkan bunuh kepada yang murtad kerana sekali keluar, tiada jalan pulang.
Tetapi dalam kancah politik sekarang, kisah lompat keluar parti dan lompat masuk parti semula dah jadi satu norma dalam permainan politik, dan seolah2 di terima dalam budaya politik UMNO BN. Kuasa menjadi buruan, gadaiannya ialah maruah. Yang melompat-lompat itu pastinya tiada maruah dan yang lebih dari itu ialah perlembagaan parti yang boleh menerima kembali ahli yang pernah derhaka untuk bersama semula. Ya…ayatnya ialah DERHAKA. Adakah Islam pernah gariskan tentang orang-orang yang lari dari perjuangan itu apa hukumnya? Tidakkah Islam telah menggariskan dalam buku perlembagaan agong (Al-Quran) bahawa orang musyrik itu NAJIS (At-Taubah, 28) dan musyrik itu apabila mereka mengambil lebih dari 1 pengatur (Allah), bukankah Allah dah ancam orang yang murtad itu dengan jukuman bunuh? bukankah Allah dah ingatkan berkali-kali bahawa hidup itu hanya sekali dan mati itu hanya sekali DAN PEMBALASAN ADALAH KEKAL sifatnya?
Lihat sahaja Datuk Ibrahim Ali dengan statement lalang beliau tentang kesediaan masuk semula dalam UMNO. Mengapa? Adakah kerana beliau melihat UMNO itu sudah kembali pulih? dah berapa kali beliau keluar masuk UMNO dan masih lagi dibenarkan masuk UMNO serta mencemarkan maruah UMNO sebagai sebuah parti MURAHAN kerana tidak bermaruah menerima pelacur-pelacur politik yang melacurkan maruah diri untuk kuasa dan kerjaya politik mereka. Kembalikan semula kepada Al-Quran dan Sunnah (Surah An-Nisa, 59) jika ada kekhilafan. Mereka bukan pejuang sejati kerana meninggalkan medan perang apabila merasakan mereka akan kalah dan kembali semula kerana merasakan mereka hampir berjaya.
UMNO parti berdaulat, PAS parti Islam, PKR parti keadilan…tetapi manakah maruahnya? Adakah UMNO menerima sahaja siapa yang telah meninggalkannya untuk bersama semula hanya kerana ada kepentingan politik. Cuba bayangkan sekarang sekiranya UMNO ialah parti yang tidak ada U-Turn untuk ahli-ahli yang telah keluar.Pastinya, sesiapa yang mahu keluar terpaksa memikirkan antara hidup dan mati kerana itu soal pemilihan wadah perjuangan. Benar kalau Allah Maha Pengampun dan mengampunkan semua umatnya yang berdosa. Tapi kalau kita perhalusi lagi Al-Quran itu, Allah hanya menerima taubat orang-orang yang belum diberi peringatan. Tetapi orang-orang yang telah disampaikan peringatan sengaja tempah dosa memang tak dapat lah keampunan Allah tu. Lagi-lagi orang-orang yang memperolok-olokkan Allah dengan mengulangi dosa yang sama berulang-ulang kali dan bertaubat juga setiap kalinya.
Tetapi rupanya penyakit ini berlaku bukan sahaja dalam UMNO tetapi keseluruhan parti dalam kancah politik nasional. Akhir2 ini begitu galak ahli2 PKR melompat keluar parti, kemudian walaupun tidak menyertai UMNO semula tp mengisytiharkan menyokong UMNO dan BN. Fenomena ini satu yang mengaibkan dan secara langsung melibatkan UMNO dan BN. Kerana mereka yg melompat ini menyokong UMNO dan BN dan sokongan mereka ini diterima terbuka oleh UMNO malah di alu alukan dan di rai oleh kenyataan2 pemimpin tertinggi UMNO. Di mana maruah UMNO. perlu diingat, rakyat yg berkecuali di luar sana melihat UMNO umpama tong sampah yang menerima apa sahaja sampah sarap ke dalam tong sampahnya semata mata kerana mahu mengekalkan atau merebut kuasa. Mereka yg melompat ini pula adalah sampah2 kerana bermasalah dan membuat onar dalam parti atau melakukan sikap yang menyalahi hukum agama dan etika kehidupan masyarakat. Sbg contoh 2 wakil rakyat PKR perak yg melompat parti dan berpaling pd UMNO. Terang2an mereka ini sampah masyarakat dan mengkhianati rakyat, mereka yang dituduh rasuah walaupun belum disabitkan, namun salah seorang mereka lebih jijik dgn perbuatan rasuah seks dan membuat kenyataan tentangnya seolah2 orang tiada pegangan agama. Dan akhirnya UMNO BN membentuk kerajaan baru perak krana sokongan 2 wakil rakyat samapah ini. Di mana MARUAH kerajaan UMNO BN perak. Apa pandangan rakyat berkecuali. Terbaru katak PKR dr pelabuhan Kelang. Seorang adun PKR yang bermasalah, tidak menunaikan tanggungjawab amanah rakyat, kemudian menokong UMNO yg dialu alukan dan diraikan oleh kepimpinan UMNO BN. Rakyat melihat dan menilai, apa dan siapa sebenarnya UMNO dan BN, bagaimana prinsip mereka dan dimana mereka letakkan maruah mereka. Hari ini rakyat berkecuali mgkin senyap, tp tangan2 mereka akan menentukan apa nasib UMNO BN pada PRU 13 nanti.
Kepada kepimpinan UMNO BN, fikir2kanlah, bukalah seluas2nya pintu untuk menyertai UMNO, tapi tutuplah pintu serapat2nya kepada yang telah keluar untuk selama lamanya, demi untuk maruah dan kredibiliti UMNO itu sendiri, jual mahal lah anda kerana anda ada harga diri sebagai parti yang berdaulat dalam membela agama, bangsa dan Negara Malaysia yang dicintai. Kamu pemimpin2 UMNO hari ini, jangan jadi pengkhianat bangsa dan Negara, merosakkan parti dan Negara pusaka dari nenek moyang yang berusaha keras untuk mempertahankan dan membina Negara sehingga seperti ada hari ini. Jangan nanti kerana oleh silap segelintir dari kamu hari ini, pusaka nenek moyang ini hancur tergadai, dan kita tidak mampu untuk itu, kerana kita tiada tanah air lagi, inilah satu satunya tanah air kita, tiada 2 dan 3nya lg. jangan gadaikan nasib anak bangsa sehingga nantinya akan merempat di tanah air sendiri. Kepada Ahli UMNO dan rakyat seluruhnya, anda adalah pemerhati dan kuasa rakyat untuk menegur dan menentukan hala tuju dan kepimpinan parti dan negara. Jika mereka ini yang telah diberi amanah tapi lalai dan cuai dengan amanah itu, jgn perjudikan masa depan agama, bangsa dan negara. Peringatkan dan tegur mereka, tapi jika mereka terus lalai dan cuai, tugas anda untuk 'melucutkan mereka' dari amanah itu, demi maruah dan masa depan agama, bangsa dan negara. Jgn biarkan kerena 'nila setitik, rosak susu sebelanga' kerana kita hanya ada satu sahaja 'belanga' iaitu NEGARA MALAYSIA YANG TERCINTA INI.
* sebahagian teks dipetik dari laman Warga Perihatin.
Thursday, November 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment