'Jangan salahkan pencuri..sebab kerja pencuri ialah mencuri. Salahkan diri sendiri sebab terus membenarkan pencuri bermaharajalela'...... UNGKAPAN MENARIK UNTUK RENUANGAN PAGI
Setelah 53 tahun negara mencapai kemerdekaan, cabaran generasi muda melayu hari ini sangat berbeza dengan nenek moyang kita dahulu. Mengisi, mengekalkan kemerdekaan dan yang paling penting memastikan survival bangsa melayu dan Islam di tanah air sendiri yang merdeka ini lebih mencabar dan perit berbanding mendapatkan kemerdekaan, lebih2 lagi dalam masyarakat berbilang bangsa yang generasi barunya lahir di tanah air ini juga dan malangnya terlupa menghayati sejarah pembentukan negara yang menjadi tonggak kepada kewujudan Malaysia hari ini. Menjadi cabaran, tanggungjawab dan kewajipan kita generasi muda melayu hari ini untuk memastikan survival bangsa dan agama, bak kata Hang Tuah 'Tak Melayu Hilang Di Dunia' tapi pentingnya bukannya 'Melayu Sekadar Namanya' tapi menjadi bangsa bumiputera Malaysia yang mempunyai jatidiri dan mengungguli kedaulatan tanah air tumpah darahnya sendiri
dilahirkaN DI kg tebok pulai, Sabak bernam selangor. Mndapat pendidikan awal di Kg tebok pulai, seterusnya peringkat menengah di Hilir Perak, Perak. melanjutkan pengajian dan mendapatkan Ijazah dalam bidang Sais Sosial di Universiti malaya, kuala lumpur. Meraih pengalaman berkerja dalam sektor swasta khususnya perkilangan sebelum berkhidmat dalam perkhidmatan awam bermula tahun 1995 bermula sebagai Kurator Jabatan muzium dan Antikuiti, Malaysia, seterusnya menyumbang khidmat dalam Badan Pencegah Rasuah Malaysia (sekarang SPRM) dan terakhir berkhidmat untuk negeri kelahiran sendiri dan menyumbang bakti di daerah kelahiran sebagai Setiausaha Majlis Daerah. Aktif dalam pelbagai pertubuhan Belia dan NGO. Peka dengan permasalahan Agama, Bangsa dan negara.
No comments:
Post a Comment